Wednesday, 13 March 2013

Kisah CTR dan CTR Bonus Pulak





Sejak dah dapat campaign CPUV yang pertama dari nuffnang semalam, saya mula membaca berkenaan dengan CPUV, CTR dan CTR Bonus. Baru lah hari ini macam terang bersuluh pulak. Dah faham pasal CPUV kan? Haaa belum faham? Hahaha Azie pun merangkak juga. Lebih kurang ginilah, pengiklan beli banner kat blog kita dan bayar kita berdasarkan Unique Visit. Iaitu berapa ramai orang yang masuk dalam blog kita, bukan orang yang sama masuk dan refresh page page dalam blog kita dalam waktu tertentu. Yang itu dikira sebagai 1 Unique Visit juga tau. Campaign CPUV inilah yang memberi income yang banyak pada bloggers. CTR tu bermaksud Click Through Ratio iaitu bilangan klik iklan Nuffnang yang dibuat oleh readers kita. Lagi banyak klik lagi banyak lah kita untuk dapat CTR Bonus. 

Tuesday, 12 March 2013

Terima Kasih Nuffnang





Assalamualaikum semua pembaca blog Azie Shoppe dan blog Azie Kitchen. Sudah agak lama saya tidak update blog ini dek kerana fokus kepada entri di blog Azie Kitchen. Hari ini saya sangat gembira kerana blog Azie Shoppe telah mendapat iklan CPUV yang pertama. Alhamdulillah syukur sangat sangat. Tanpa anda semua, pasti semua ini tidak akan menjadi kenyataan. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang diberi. Buat masa sekarang selain sibuk dengan membekalkan Za'faran, kami juga menerima banyak tempahan cupcake dan kuih muih. Jadi jangan lupa, jika anda berhasrat untuk membuat tempahan, ingatlah Azie Shoppe ya.

Sunday, 9 December 2012

Warna Warna Yang Menawan Hati






Salam sayang buat semua. Lama sungguh tak buat entri baru di blog Azie Shoppe. Bukan apa, tapi kerana agak sibuk sikit sekarang ni. Lagi pulak order untuk Za'faran banyak diterima dari facebook Azie Kitchen. Jadi memang di kebanyakan masa, dok melayan order barangan yang dijual di Azie Shoppe dari facebook dan email sahaja. 





Apa apa pun saya masih ingat janji untuk meletakkan warna warna tudung Dr Nana yang masih berbaki sedikit sahaja lagi. Kiranya ini adalah penghabisan stock. Pada saya kesemua warna yang saya pilih adalah cantik cantik. Lagi pulak material sutera chiffon menjadikan penampilan si pemakai nampak sangat elegan. Ianya sesuai digayakan di semua majlis seperti makan malam, siang hari dengan memakai pakaian kasual atau pun pakaian pejabat. Sesiapa berminat, bolehlah email di azieshoppe@hotmail.com atau PM di facebook. 






Saturday, 3 November 2012

Tudung Cantik Untuk Pakaian Kasual






Tudung Dr Nana selain dipakai dengan dress untuk majlis makan malam seperti yang digayakan sebelum ini di SINI juga cantik digayakan dengan pakaian kasual. Sangat trendy untuk gadis remaja. Material dari kain sutera menjadikannya ianya sangat cantik terletak.

Jika berminat, hubungi kami di azieshoppe@hotmail.com atau PM di Azie Kitchen facebook sementara stok masih ada. Apa ditunggu lagi? Jom.....