Sunday 9 December 2012

Warna Warna Yang Menawan Hati






Salam sayang buat semua. Lama sungguh tak buat entri baru di blog Azie Shoppe. Bukan apa, tapi kerana agak sibuk sikit sekarang ni. Lagi pulak order untuk Za'faran banyak diterima dari facebook Azie Kitchen. Jadi memang di kebanyakan masa, dok melayan order barangan yang dijual di Azie Shoppe dari facebook dan email sahaja. 





Apa apa pun saya masih ingat janji untuk meletakkan warna warna tudung Dr Nana yang masih berbaki sedikit sahaja lagi. Kiranya ini adalah penghabisan stock. Pada saya kesemua warna yang saya pilih adalah cantik cantik. Lagi pulak material sutera chiffon menjadikan penampilan si pemakai nampak sangat elegan. Ianya sesuai digayakan di semua majlis seperti makan malam, siang hari dengan memakai pakaian kasual atau pun pakaian pejabat. Sesiapa berminat, bolehlah email di azieshoppe@hotmail.com atau PM di facebook.