Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Wednesday, 13 March 2013

Kisah CTR dan CTR Bonus Pulak





Sejak dah dapat campaign CPUV yang pertama dari nuffnang semalam, saya mula membaca berkenaan dengan CPUV, CTR dan CTR Bonus. Baru lah hari ini macam terang bersuluh pulak. Dah faham pasal CPUV kan? Haaa belum faham? Hahaha Azie pun merangkak juga. Lebih kurang ginilah, pengiklan beli banner kat blog kita dan bayar kita berdasarkan Unique Visit. Iaitu berapa ramai orang yang masuk dalam blog kita, bukan orang yang sama masuk dan refresh page page dalam blog kita dalam waktu tertentu. Yang itu dikira sebagai 1 Unique Visit juga tau. Campaign CPUV inilah yang memberi income yang banyak pada bloggers. CTR tu bermaksud Click Through Ratio iaitu bilangan klik iklan Nuffnang yang dibuat oleh readers kita. Lagi banyak klik lagi banyak lah kita untuk dapat CTR Bonus. 

Tuesday, 12 March 2013

Terima Kasih Nuffnang





Assalamualaikum semua pembaca blog Azie Shoppe dan blog Azie Kitchen. Sudah agak lama saya tidak update blog ini dek kerana fokus kepada entri di blog Azie Kitchen. Hari ini saya sangat gembira kerana blog Azie Shoppe telah mendapat iklan CPUV yang pertama. Alhamdulillah syukur sangat sangat. Tanpa anda semua, pasti semua ini tidak akan menjadi kenyataan. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang diberi. Buat masa sekarang selain sibuk dengan membekalkan Za'faran, kami juga menerima banyak tempahan cupcake dan kuih muih. Jadi jangan lupa, jika anda berhasrat untuk membuat tempahan, ingatlah Azie Shoppe ya.