Wednesday 13 March 2013

Kisah CTR dan CTR Bonus Pulak





Sejak dah dapat campaign CPUV yang pertama dari nuffnang semalam, saya mula membaca berkenaan dengan CPUV, CTR dan CTR Bonus. Baru lah hari ini macam terang bersuluh pulak. Dah faham pasal CPUV kan? Haaa belum faham? Hahaha Azie pun merangkak juga. Lebih kurang ginilah, pengiklan beli banner kat blog kita dan bayar kita berdasarkan Unique Visit. Iaitu berapa ramai orang yang masuk dalam blog kita, bukan orang yang sama masuk dan refresh page page dalam blog kita dalam waktu tertentu. Yang itu dikira sebagai 1 Unique Visit juga tau. Campaign CPUV inilah yang memberi income yang banyak pada bloggers. CTR tu bermaksud Click Through Ratio iaitu bilangan klik iklan Nuffnang yang dibuat oleh readers kita. Lagi banyak klik lagi banyak lah kita untuk dapat CTR Bonus. 

CTR Bonus pulak dibayar kepada blog yang mempunyai CTR melebihi 0.2%. Dan CTR bonus ini tidak tetap, boleh naik dan turun bergantung kepada CTR. Jika CTR di bawah dari 0.2%, CTR bonus pun akan hilang. Tidak bermakna bila ada CTR bonus dalam earning, kita akan mendapatnya, Yang pasti dapat ialah Current Earnings. 

Tadi saya terjumpa ada seorang blogger menulis yang pengiraan earning tu adalah berdasarkan CTR Bonus diganda dengan 4. Haaa cuba tengok yang masing masing punya, betul tak? Saya tak dapat tengok sebab masih CTR 0, tentu tentunya CTR bonus juga 0. Huhuhuhu pembaca blog Azie Kitchen dan Azie Shoppe tak klik iklan Nuffnang yang keluar tu kot. 

Haaa itulah lebih kurang pembelajaran saya hari ini berkenaan dengan CPUV dan yang seangkatan dengan nya. Apa apa pun, terima kasih pada Nuffnang kepada memberi saya CPUV. Tapi diberi pada blog Azie Shoppe yang memang traffik tak tinggi. huhuhu. Tak apa lah, rezeki kita Allah yang memberi, jika Allah memberi tiada siapa dapat menghalang.

Jom lah pakat sama sama masuk blog saya iaitu Azie Kitchen dan blog Azie Shoppe dan klik iklan iklan Nuffnang yang ada kat blog saya tu. Ada kat atas, tepi sebelah kanan dan bawah sekali. Insya Allah kita akan salurkan sebahagianya kepada pihak pihak yang memerlukan seperti tabung Wira Lahad Datu. Tadi masa kuliah Ustaz Ibrahim adalah cakap yang wira Lahad Datu dan Semporna tu mati syahid tapi syahid dunia. Rupanya ada banyak jenis mati syahid ni, ada syahid dunia, ada syahid akhirat dan yang terakhir syahid dunia dan akhirat. Yang pengganas Sulu tu pulak tak tahu lah macam mana, depa tu pun Islam. Perjuangan mereka salah kerana mereka sudah hilang kedaulatan atas Sabah yang mereka tuntut sebagainya kepunyaan nenek moyang mereka dulu. Tapi yang dikuatiri kalau yang bunuh dan yang membunuh, kedua duanya berdosa. Hmmm mudah mudahan tidak begitu. Jom sedekahkan Al Fatihah untuk wira wira Lahad Datu dan Semporna. Insya Allah, ameen. 

4 comments:

  1. Yup. betul tu. Tips lain kalau nak naikkan earning, update blog tiap kali iklan cpuv bersiaran.

    ReplyDelete
  2. alhamdullillah.. tahniah akak ^_^

    ReplyDelete
  3. Mesti pembaca blog Kak Azie tak perasan tu...jika tidak mesti dah banyak... sebab bila pertama kali saya membaca blog Azie Kitchen, saya pun tak perasan.

    ReplyDelete
  4. Tukar kepada provider ads lain. Mungkin boleh dapat pendapatan sampingan sehingga rm1000-2000 sebulan.

    Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya di viralmalaysianetwork@gmail.com

    ReplyDelete