Thursday 18 October 2012

Koleksi Tudung Dr Nana





Saya tiba tiba menjadi sangat berkenan dengan tudung tudung yang dipakai oleh Nana dan kawan kawan sekuliah dengan beliau dalam pengajian perubatan yang ala ala tudung Arab. Pelbagai cara tudung tersebut digayakan. Malahan sepanjang berada di Mesir, saya melihat wanita Arab memakai tudung sebegini yang sesuai digayakan dengan evening gown, jubah, baju kurung dan juga memakai pakaian kasual seperti jeans.

Untuk majlis konvokesyennya Nana memberitahu tudung yang dipakai oleh ramai orang Malaysia sekarang kelihatan terlalu biasa. Bila saya meminta beliau menggayakannya dan saya mengambil gambar untuk melihat tudung bagaimana yang sesuai untuk dipakai. Saya akhirnya bersetuju bahawa tudung yang Nana gayakan lebih nampak elegan dan bergaya untuk remaja bertudung.

Sementara masih di Mesir, saya mencari kain yang Nana gunakan iaitu dari 100% pure satin silk. Tambahan pula Mesir terkenal dengan kain kain yang berkualiti tinggi. Selepas memilih warna warna yang disukai, kami terus mengupah tukang jahit yang memang mahir dan cekap. Jom kita lihat tudung yang saya namakan Tudung Dr Nana ini. Sangat cantik dan sangat elegan sesuai digayakan di dalam pelbagai fesyen pakaian dan untuk semua majlis. Jika berminat, sila emailkan di azieshoppe@hotmail.com atau pm di Azie Kitchen Facebook.

Stock adalah terhad dan akan berdasarkan first come first serve. Selepas ianya habis, perlu ditunggu sebelum ketibaan stock yang baru. Semua penghantaran akan dibuat menggunakan pos laju selepas bayaran diterima. Warna warna yang tersedia akan dipaparkan dalam entri akan datang....

No comments:

Post a Comment