Minggu, 21 Oktober 2012

Tempahan Butter Cake/Marble Cake








Peminat Homemade Butter Cake/Marble Cake kawasan Kota Damansara, Taman Tun, Subang dan Shah Alam dan  kawasan sekitarnya yang ingin membuat tempahan boleh PM atau email di azieshoppe@hotmail.com. Sangat gebu, lembut dan moist. Menggunakan mentega bermutu tinggi. Loyang bulat 8".  Tempahan perlu dibuat sekurang kurangnya 2 minggu lebih awal. Harga RM45/kg tidak termasuk kos postage. Pick up point akan dimaklumkan semasa tempahan dibuat... 

Kamis, 18 Oktober 2012

Koleksi Tudung Dr Nana





Saya tiba tiba menjadi sangat berkenan dengan tudung tudung yang dipakai oleh Nana dan kawan kawan sekuliah dengan beliau dalam pengajian perubatan yang ala ala tudung Arab. Pelbagai cara tudung tersebut digayakan. Malahan sepanjang berada di Mesir, saya melihat wanita Arab memakai tudung sebegini yang sesuai digayakan dengan evening gown, jubah, baju kurung dan juga memakai pakaian kasual seperti jeans.

Untuk majlis konvokesyennya Nana memberitahu tudung yang dipakai oleh ramai orang Malaysia sekarang kelihatan terlalu biasa. Bila saya meminta beliau menggayakannya dan saya mengambil gambar untuk melihat tudung bagaimana yang sesuai untuk dipakai. Saya akhirnya bersetuju bahawa tudung yang Nana gayakan lebih nampak elegan dan bergaya untuk remaja bertudung.

Sementara masih di Mesir, saya mencari kain yang Nana gunakan iaitu dari 100% pure satin silk. Tambahan pula Mesir terkenal dengan kain kain yang berkualiti tinggi. Selepas memilih warna warna yang disukai, kami terus mengupah tukang jahit yang memang mahir dan cekap. Jom kita lihat tudung yang saya namakan Tudung Dr Nana ini. Sangat cantik dan sangat elegan sesuai digayakan di dalam pelbagai fesyen pakaian dan untuk semua majlis. Jika berminat, sila emailkan di azieshoppe@hotmail.com atau pm di Azie Kitchen Facebook.

Stock adalah terhad dan akan berdasarkan first come first serve. Selepas ianya habis, perlu ditunggu sebelum ketibaan stock yang baru. Semua penghantaran akan dibuat menggunakan pos laju selepas bayaran diterima. Warna warna yang tersedia akan dipaparkan dalam entri akan datang....

Sabtu, 06 Oktober 2012

Khasiat Saffron/Za'faran



gambar dari google


Kami membekalkan Za'faran Gred 1 dari Iran. Jika berminat, sila email ke azieshoppe@hotmail.com. Sebelum itu, saya ingin berkongsi artikel yang saya ambil dari khazanahsham untuk rujukan semua. 

Za’faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.
Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setipa bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo. 

Tetapi oleh kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, hanya sedikit sahaja Za’faran yang diperlukan. Za’faran digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.

Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.
Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan: 
'Barangsiapa yang memakan za'faran da dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"

Khasiat Za'faran

(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)

  • Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil 
  • Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema 
  • Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang 
  • Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia) 
  • Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh 
  • Bengkak hati atau hipatitis A dan B 
  • Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut 
  • Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut 
  • Menambahkan tenaga zahir dan batin 
  • Masalah mati pucuk, sembelit 
  • Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak 
  • Awet muda dengan kulit cerah dan bersih 
  • Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing 
  • Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi 
  • Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu 
  • Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan 
  • Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah

Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King Of Spices". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li, muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: 
Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."






Keistimewaan Za'faran 

ZA'FARAN adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.

1. DARI SEGI PERUBATAN

Dios Cerides - seorag doktor bangsa Greek dari UK menganggap ZA'FARAN mempunyai nilai perubatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.

Malah pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa ZA'FARAN kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahaw ZA"FARAN dapat mengelakkan sisitem pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994) 
Di Eropah ZA'FARAN bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan.Kini ZA'FARAN digunakan dalam membuat minuman pencernaan dimana warnya yang keemasan itu di manfaatkan.

Di Mesir, ZA'FARAN telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:

"Membantu pencernaan makanan" Menghindarkan batuk dan radang paru-paru" Mengurangkan maslah tidak boleh tidur malam" Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi" Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut" Air anti spashodic

ZA'FARAN telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh 'therapist' dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubat seperti: 
"Melancarkan haid yang tidak menentu" Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin" Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala" Membantu menenangkan jiwa yang tertekanDi negara-negara Asia larutan ZA"FARN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan. Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar

ZA'FARAN bukan sahaj melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat 'filamen' daripad ZA'FARAN tersebut ke dalam susu dan di minum.




2. UNTUK MASAKAN

ZA'FARAN telah menjadi bahan terpenting dalam masakan antarabangsa. Di India ZA'FARAN mempunyai banyak kegunaan di dalam nasi, minuman dan pencuci mulut. Di Negara Teluk, tetamu dihidangkan dengan minuman di mana campurannya ialah kopi ZA'FARAN dan sejenis rempah (cardamurui) serta dihidangkan bersama ZA'FARAN.

Sirap yang menyegarkan juga di sediakan dengan ZA'FARAN. Di Sepanyol sejenis maskan yang menggunakan ZAA"FARAN 'Spanish Cuisine' sangat terkenal diseluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah 'Spanish cuisine' tersebut. Penggunaan meluas ZA'FARAN di Sepanyol sebagai ramuan masakan boleh digambarkan dengan di beberapa buah buku masakan silam seperti Libro Del Arte De Cocina (1599 Ad) De Diego Granado, Libro De Paste Leria (1611 Ad) 

Di Itali "Rissoho A La Milanese" adalah makanan termasyhur. Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan 'Cake Za'faran'. Di Jepun penggunaan ZA"FARAN juga bertambah dan mereka juga gemar memakan ikan yang dihidangkan secara mentah bersama ZA"FARAN kerana ianya menambahkan lagi kelazatan ikan tersebut dan mengeluarkan warna keemasan pada daging ikan tersebut.


3. UNTUK MINYAK WANGI

Di timur tengah selain berkhasiat menyembuhkan sakit kepala, ianya juga digunakan sebagai minyak wangi berjenama ATTAR yang dipanggil 'ZA"FARAN ATTAR' ianya mengeluarkan jenama bertaraf antarabangsa.


4. INDUSTRI TENUSU

ZA'FARAN telah memberikan warna yang cantik danmenyerikan mentega dan keju. Ianya juga menambahkan kelazatan dan Za'faran juga digunakan dalam membuat ais krim.

5. TEMBAKAU BERPERISA

Kebanyakan di India di mana mereka menggunakan tembakau berperisa Za'faran yang dipanggil "Za'farn Zarda". Ianya menjadi sungguh enak.


6. INDUSTRI MAKANAN

Telah digunakan secara meluas termasuk makanan yang telah diproses.

7. BAHAN PEWARNA

Catatan sejarah menunjukkan bahawa banyak bangsa di dunia menggunakan ZA'FARAN yang keemasan sebagai bahan penyeri kulit seperti bangsa Irish, India, Jepun dan lain-lain serta pakaian. Sehingga sekarang sami-sami buddha masih menggunakan ZA'FARAn sebagai bahan pewarna bagi kain selepang yang mereka gunakan serta di dalam lukisan-lukisan mereka.

8. POKOK ZA'FARAN

Za'faran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za'faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za'faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za'faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za'faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian saintis membuktikan bahawa Za'faran berpotensi digunakan sebagai salah satu eleman penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit. Penggunaan Za'faran bukan sahaja dapat mencerahkan kulit, sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah, Za'faran adalah jawapannya. Bagi ibu-ibu mengandung Za'faran dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Za'faran mempunyai nilai perubatan. Za'faran berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.

9. KESESUAIAN FARMASIUTIKAL

Seperti lain-lain rempah, Za'faran juga terkenal dengan kelebihan farmasiutikal dari zaman dahulu dan daripada penyelidikan sains moden, dari segi kegunaannya di dalam ubatan tradisional dan herba. Kini, Za'faran juga digunakan dalam menghasilkan ubatan menggantikan bahan kimia. Kajian membukikan bahawa Za'faran adalah bahan terpenting untuk ubatan kimia dan akan menjadi satu revolusi di dalam industri farmasiutikal.


Sumber: khazanahsyam 


Jumat, 05 Oktober 2012

Selamat Datang ke Azie Shoppe





Sebenarnya saya memang minat membuat apa apa jenis bisness kerana memang orang Kelantan kot. Minat berniaga tu mesti ada. Dah pelbagai macam bisness yang saya dah buat dan semuanya berjaya. Tetapi ianya terpaksa dihentikan separuh jalan dek kekangan masa dan tugas di pejabat.

Tapi kini dengan adanya bisness yang berbentuk online dan anak anak pula menunjukkan minat untuk membuat bisness online secara sambilan serta menguruskan bisness ini, saya pun mula membuka blog khas yang dinamakan Azie Shoppe untuk menzahirkan minat anak anak kepada perniagaan secara online. Dari pemerhatian, anak anak juga berminat untuk melakukan bisness. Kecenderungan mereka lebih ke arah bekerja sendiri dan bukan bekerja pejabat.

Saya akan memaparkan apa apa barang yang akan kami edarkan di blog ini dari masa ke semasa. Selain itu, kami juga bersedia untuk mengambil tempahan membuat kek dan cupcake bagi majlis kecil kecilan. Jika ada yang berminat bolehlah menghubungi kami melalui emaike azieshoppe@hotmail.com


Saffron Gred 1 dari Iran Untuk Dijual




Hmm saffron... teringat dulu semasa saya nak membeli saffron yang dipack dalam bekas bersaiz kotak mancis sahaja tapi harganya sehingga berpuluh ringgit menyebabkan saya terkejut dan terus meletakkannya semula. Rupa rupanya barulah saya tahu yang harga saffron memang sangat mahal. 

Saya meminta anak membeli Saffron Gred 1 dari Iran dan membawa balik. Jadi kami mempunyai stock saffron di rumah kami. Sesiapa ingin membeli saffron yang didatangkan khas dari Iran, boleh email azieshoppe@hotmail.com atau PM di Azie Kitchen facebook.