Tuesday 12 March 2013

Terima Kasih Nuffnang





Assalamualaikum semua pembaca blog Azie Shoppe dan blog Azie Kitchen. Sudah agak lama saya tidak update blog ini dek kerana fokus kepada entri di blog Azie Kitchen. Hari ini saya sangat gembira kerana blog Azie Shoppe telah mendapat iklan CPUV yang pertama. Alhamdulillah syukur sangat sangat. Tanpa anda semua, pasti semua ini tidak akan menjadi kenyataan. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang diberi. Buat masa sekarang selain sibuk dengan membekalkan Za'faran, kami juga menerima banyak tempahan cupcake dan kuih muih. Jadi jangan lupa, jika anda berhasrat untuk membuat tempahan, ingatlah Azie Shoppe ya.

Kepada yang mungkin tidak membaca entri sebelum ini, di sini dimaklumkan bahawa kami ada membekalkan Za'faran dari Iran dengan harga yang sangat berpatutan. Za'faran adalah salah satu dari makanan sunnah. Seperti yang dikongsi oleh seorang ustaz dalam ceramahnya, dikatakan jangan dipersoalkan kebaikan makanan sunnah kerana yang pasti ianya mempunyai khasiat dan manafaat yang banyak. Apa sahaja yang dibuat oleh Nabi dan sahabat sahabatnya adalah sesuatu yang harus diikuti dan diamalkan oleh semua orang. 

Seperti juga kesemua makanan dan penawar lain yang digunakan dalam Perubatan Islam, za'faran mengandungi nilai perubatan yang sangat tinggi. Ia juga merupakan rempah yang paling mahal di dunia. Namun terdapat rahsia yang amat berharga bagi mereka yang inginkan fikiran yang jelas, tepat dan tajam dan daya ingatan yang kuat. Ini adalah rahsia bagaimana ramai kanak-kanak dari negara Iran dapat menghafal seluruh kitab Al-Quran semasa umur mereka baru mencapai lima tahun.

Jika berminat untuk mendapatkan Za'faran, boleh email di azieshoppe@hotmail.com untuk maklumat lanjut.


3 comments:

  1. mcm mana nk beli ye?
    how much sebekas tu? berapa gram>?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Can you email me at azieshoppe@hotmail.com

      Delete
  2. tolong check email yer..

    ReplyDelete