Friday 5 October 2012

Selamat Datang ke Azie Shoppe





Sebenarnya saya memang minat membuat apa apa jenis bisness kerana memang orang Kelantan kot. Minat berniaga tu mesti ada. Dah pelbagai macam bisness yang saya dah buat dan semuanya berjaya. Tetapi ianya terpaksa dihentikan separuh jalan dek kekangan masa dan tugas di pejabat.

Tapi kini dengan adanya bisness yang berbentuk online dan anak anak pula menunjukkan minat untuk membuat bisness online secara sambilan serta menguruskan bisness ini, saya pun mula membuka blog khas yang dinamakan Azie Shoppe untuk menzahirkan minat anak anak kepada perniagaan secara online. Dari pemerhatian, anak anak juga berminat untuk melakukan bisness. Kecenderungan mereka lebih ke arah bekerja sendiri dan bukan bekerja pejabat.

Saya akan memaparkan apa apa barang yang akan kami edarkan di blog ini dari masa ke semasa. Selain itu, kami juga bersedia untuk mengambil tempahan membuat kek dan cupcake bagi majlis kecil kecilan. Jika ada yang berminat bolehlah menghubungi kami melalui emaike azieshoppe@hotmail.com


No comments:

Post a Comment