Sunday, 9 December 2012

Warna Warna Yang Menawan Hati






Salam sayang buat semua. Lama sungguh tak buat entri baru di blog Azie Shoppe. Bukan apa, tapi kerana agak sibuk sikit sekarang ni. Lagi pulak order untuk Za'faran banyak diterima dari facebook Azie Kitchen. Jadi memang di kebanyakan masa, dok melayan order barangan yang dijual di Azie Shoppe dari facebook dan email sahaja. 





Apa apa pun saya masih ingat janji untuk meletakkan warna warna tudung Dr Nana yang masih berbaki sedikit sahaja lagi. Kiranya ini adalah penghabisan stock. Pada saya kesemua warna yang saya pilih adalah cantik cantik. Lagi pulak material sutera chiffon menjadikan penampilan si pemakai nampak sangat elegan. Ianya sesuai digayakan di semua majlis seperti makan malam, siang hari dengan memakai pakaian kasual atau pun pakaian pejabat. Sesiapa berminat, bolehlah email di azieshoppe@hotmail.com atau PM di facebook. 






Saturday, 3 November 2012

Tudung Cantik Untuk Pakaian Kasual






Tudung Dr Nana selain dipakai dengan dress untuk majlis makan malam seperti yang digayakan sebelum ini di SINI juga cantik digayakan dengan pakaian kasual. Sangat trendy untuk gadis remaja. Material dari kain sutera menjadikannya ianya sangat cantik terletak.

Jika berminat, hubungi kami di azieshoppe@hotmail.com atau PM di Azie Kitchen facebook sementara stok masih ada. Apa ditunggu lagi? Jom.....


Sunday, 21 October 2012

Tempahan Butter Cake/Marble Cake








Peminat Homemade Butter Cake/Marble Cake kawasan Kota Damansara, Taman Tun, Subang dan Shah Alam dan  kawasan sekitarnya yang ingin membuat tempahan boleh PM atau email di azieshoppe@hotmail.com. Sangat gebu, lembut dan moist. Menggunakan mentega bermutu tinggi. Loyang bulat 8".  Tempahan perlu dibuat sekurang kurangnya 2 minggu lebih awal. Harga RM45/kg tidak termasuk kos postage. Pick up point akan dimaklumkan semasa tempahan dibuat... 

Thursday, 18 October 2012

Koleksi Tudung Dr Nana





Saya tiba tiba menjadi sangat berkenan dengan tudung tudung yang dipakai oleh Nana dan kawan kawan sekuliah dengan beliau dalam pengajian perubatan yang ala ala tudung Arab. Pelbagai cara tudung tersebut digayakan. Malahan sepanjang berada di Mesir, saya melihat wanita Arab memakai tudung sebegini yang sesuai digayakan dengan evening gown, jubah, baju kurung dan juga memakai pakaian kasual seperti jeans.

Untuk majlis konvokesyennya Nana memberitahu tudung yang dipakai oleh ramai orang Malaysia sekarang kelihatan terlalu biasa. Bila saya meminta beliau menggayakannya dan saya mengambil gambar untuk melihat tudung bagaimana yang sesuai untuk dipakai. Saya akhirnya bersetuju bahawa tudung yang Nana gayakan lebih nampak elegan dan bergaya untuk remaja bertudung.

Sementara masih di Mesir, saya mencari kain yang Nana gunakan iaitu dari 100% pure satin silk. Tambahan pula Mesir terkenal dengan kain kain yang berkualiti tinggi. Selepas memilih warna warna yang disukai, kami terus mengupah tukang jahit yang memang mahir dan cekap. Jom kita lihat tudung yang saya namakan Tudung Dr Nana ini. Sangat cantik dan sangat elegan sesuai digayakan di dalam pelbagai fesyen pakaian dan untuk semua majlis. Jika berminat, sila emailkan di azieshoppe@hotmail.com atau pm di Azie Kitchen Facebook.

Stock adalah terhad dan akan berdasarkan first come first serve. Selepas ianya habis, perlu ditunggu sebelum ketibaan stock yang baru. Semua penghantaran akan dibuat menggunakan pos laju selepas bayaran diterima. Warna warna yang tersedia akan dipaparkan dalam entri akan datang....